2025-06-09 HaiPress

Foto BERNAMA
GEDONG,8 Jun- Kerajaan Sarawak akan mengumumkan pendekatan baharu bagi meningkatkan pendapatan dalam industri pertanian selain mengurangkan kebergantungan kepada import makanan.
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata perkara itu susulan lawatan beliau ke projek Kilang Pelumat Isirung Sawit milik Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (SALCRA) Lubok Antu di Sri Aman baru-baru ini yang menyaksikan terdapat potensi untuk Sarawak meningkatkan pendapatan pertanian,khususnya menerusi penternakan.
"Jadi (hasil lawatan itu),ada sesuatu yang saya hendak umum hujung tahun ini. Ada caranya,maknanya pendapatan kita daripada pertanian akan meningkat dan tidak bergantung kepada import," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis ibadah korban di sini hari ini.
Beliau berkata ladang sawit boleh dijadikan sebagai pusat fidlot ternakan manakala sisa kelapa sawit berpotensi untuk diproses menjadi makanan ternakan,sekali gus dapat mengurangkan import bahan berkenaan.
"Dalam fidlot itu kalau kita berikan makanan yang ada nutrien dicampur dengan rumput napier dan sisa (kelapa sawit) tadi,maknanya lembu (sebagai haiwan ternakan) akan mempunyai makanan yang berkualiti," katanya. -BERNAMA
GAC Menjadi Rakan Rasmi Jelajah Pra-Musim Chelsea FC di Hong Kong dan Malaysia
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur