2025-06-09 HaiPress

Syarikat telekomunikasi di Malaysia.
KUALA LUMPUR,8 Jun- Empat syarikat telekomunikasi utama negara,CelcomDigi,Telekom Malaysia (TM),U Mobile dan Maxis senada untuk memberi kerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC),tanpa menjejaskan intergriti keselamatan data pelanggan.
Penegasan itu susulan arahan MCMC yang mewajibkan syarikat telekomunikasi menyerahkan butiran Data Telefon Bimbit (MPD) dari Januari hingga Mac sebagai statistik rasmi untuk rujukan penggubalan dasar.
CelcomDigi dalam kenyataan berkata,segala urusan berkaitan penggunaan data pelanggan berada di bawah pengawasan Pegawai Perlindungan Data dan dilaporkan secara berkala kepada Lembaga Pengarah.
“Kami telah mengadakan perbincangan secara langsung dengan MCMC serta menyertai sesi libat urus industri yang lebih meluas bagi memastikan tadbir urus yang kukuh dalam penganalisisan data peribadi pelanggan. Kami juga akan terus memastikan proses serta kawalan sewajarnya sentiasa dilaksanakan,” kata syarikat itu.
Sementara itu,Telekom Malaysia pula menjelaskan,semua data MPD yang dikemukakan kepada MCMC tidak mengandungi sebarang maklumat peribadi yang boleh dikenal pasti.
“Pengemukaan data ini dilaksanakan di bawah tadbir urus dan protokol keselamatan yang ketat,dengan pematuhan sepenuhnya terhadap dasar syarikat serta undang-undang dan peraturan kawal selia negara,” jelasnya dalam kenyataan media.
Dalam kenyataan berasingan,U Mobile menegaskan,semua data yang dikongsi dengan MCMC telah dianonimkan dan diagregat sepenuhnya,serta dikendalikan mengikut undang-undang dan peraturan perlindungan data yang berkuat kuasa.
“Apabila kami berkongsi MPD dengan MCMC,tiada maklumat peribadi pelanggan yang boleh dikenal pasti akan diproses atau dikongsi pada bila-bila masa,” tegas syarikat itu.
Bagi Maxis pula dalam kenyataannya memaklumkan,MCMC tiada akses kepada pemprosesan atau perkongsian maklumat pengenalan peribadi pada sebarang peringkat.
''Sebagai sebuah pengendali rangkaian mudah alih (MNO) yang bertanggungjawab,semua data yang dikumpulkan untuk inisiatif berkenaan adalah dalam bentuk yang telah dianonimkan dan diproses secara agregat,dalam persekitaran yang selamat,mematuhi sepenuhnya Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA) 2010," jelas Maxis.
Terdahulu Menteri Komunikasi,Datuk Fahmi Fadzil memberi jaminan,syarikat telekomunikasi tidak akan memberikan sebarang maklumat yang memiliki data peribadi individu kepada mana-mana pihak.
Mempertahankan arahan yang dikeluarkan,MCMC menjelaskan,data yang dikumpul telah dinyahidentiti sepenuhnya dan tidak membolehkan mana-mana individu dikenal pasti,sekali gus menepis kebimbangan orang ramai berhubung isu pelanggaran privasi.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur