2025-06-09 HaiPress

Keadaan bas yang terbalik dan sebahagian mangsa yang terkorban dalam nahas membabitkan pelajar UPSI pagi tadi/Foto Bomba dan APMM
KUALA LUMPUR,9 Jun - Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk menyelaras segala bentuk bantuan sewajarnya kepada keluarga mangsa tragedi nahas membabitkan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Lebuh Raya Timur-Barat,Gerik,awal pagi tadi.
Datuk Seri Anwar dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut menyatakan rasa sedih dan simpati terhadap insiden tersebut yang telah meragut 15 nyawa pelajar.
“Takziah kepada semua keluarga mangsa. Kami mendoakan agar kalian diberi kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi dugaan yang amat berat ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook pagi ini.
Menurut beliau,kejadian menyayat hati seumpama itu sering berulang seharusnya menjadi peringatan kepada semua pihak agar sentiasa berwaspada dan tidak terburu-buru di jalan raya.
“Musibah menyayat hati sebegini yang sering kali berulang seharusnya menjadi pengajaran buat semua agar sentiasa berhati-hati dan usah terburu-buru mengejar destinasi. Nyawa kalian terlalu berharga dan tiada galang ganti,” tambahnya.
Terdahulu,nahas membabitkan sebuah bas persiaran yang membawa 42 pelajar UPSI serta pemandu dan pembantunya,dengan sebuah kereta pelbagai guna (MPV) terbalik dan terbabas di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Banun,awal pagi tadi.
Kejadian itu turut mengakibatkan lebih 30 orang cedera.
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur