2025-06-09 IDOPRESS
Jabatan Forensik Hospital Shah Alam - Foto RTM
SHAH ALAM,8 Jun – “Mereka semua 'pergi' bersama. Kami sekeluarga sangat sedih dan masih terkejut dengan apa yang berlaku.”
Itu luahan Gan Leong Seong,50,bapa saudara kepada tiga sekeluarga yang terkorban dalam tragedi bot terbalik di perairan Tanjung Harapan,Klang,kelmarin.
Beliau ditemui di Hospital Shah Alam selepas menerima mayat pasangan suami isteri,Gan Hon Tat,32 dan Careen Man,29,yang merupakan mangsa terakhir kejadian.
Suasana sayu menyelubungi kawasan Jabatan Forensik hospital tersebut ketika mayat pasangan itu dibawa pulang oleh ahli keluarga ke rumah pengebumian swasta,Xin Fu Xing Parlour Hall di Taman Sentosa,Klang.
Upacara pengebumian dijangka berlangsung pada hari Selasa ini.
Menurut Ketua Polis Daerah Klang Selatan,Superintendan Vijaya Rao,proses bedah siasat selesai sekitar jam 3.20 petang tadi.
Terdahulu,kedua-dua mangsa ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada jam 7.45 pagi,dan operasi SAR ditamatkan secara rasmi pada jam 10 pagi,selepas kesemua lima mangsa ditemukan.
Pegawai Operasi Unit Penguatkuasaan dan Eksais Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor,Leftenan Maritim Mohd Syafiq Sazali dilaporkan berkata,kedua-dua mayat ditemui dalam keadaan terapung secara berasingan pada jarak sekitar 0.1 batu nautika dari Northport.
Tragedi bot malang itu meragut lima nyawa termasuk seorang bayi.
Selain dua mangsa yang baru dijumpai hari ini,turut terkorban ialah anak lelaki pasangan suami isteri itu,Darren Gan,3; selain Cheu Son Hin,50 dan Fong Yong Sen,29 dimana ketiga-tiganya ditemui di dalam bot yang terbalik.
Seorang lagi mangsa dikenali sebagai Chang Yan Qin Alvin,17,terselamat.
Polis telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 280 Kanun Keseksaan kerana disyaki mengemudi bot secara cuai dan membahayakan nyawa orang lain.
Siasatan yang dijalankan ketika ini mendapati tiada unsur jenayah dalam kejadian itu.
‘Profit motive is the core issue’: US economist critiques American capitalism
Bank Muamalat perluas rangkaian
Rizab Antarabangsa Malaysia meningkat kepada AS$119.60 bilion setakat 30 Mei 2025
Penyertaan Malaysia dalam BRICS tingkatkan akses teknologi, pelaburan baharu
Rasionalisasi subsidi dorong prestasi ekonomi domestik
SST disemak semula mulai Julai 2025, fokus lindungi rakyat dan PMKS
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur