2025-06-09 IDOPRESS

Foto Facebook Fadillah Yusof
PETRA JAYA,8 Jun- Semangat gotong-royong dan sukarela dalam program komuniti mampu menyatukan masyarakat tanpa mengira umur dan latar belakang.
Perkara itu dinyatakan Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Fadillah Yusof.
Beliau juga berharap agar penglibatan dalam aktiviti kemasyarakatan dijadikan sebagai satu amalan berterusan bagi memperkukuh hubungan sesama manusia.
Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata demikian selepas menyertai Program Ibadah Korban di dua kawasan Petra Jaya pada hari kedua sambutan Aidiladha.
"Alhamdulillah,suasana sangat meriah. Saya rasa bangga apabila generasi mudah turut berganding bahu bersama masyarakat,membantu dalam pelaksanaan ibadah korban,daripada penyediaan hingga kepada pengagihan.
"Marilah kita terus memupuk semangat sukarelawan dalam kalangan generasi muda. Bersama kita membina masyarakat yang lebih bersatu,prihatin dan berdaya saing," kata Datuk Seri Fadillah menerusi catatan yang dimuat naik di Facebook rasmi miliknya,hari ini.
Katanya,dengan hati yang ikhlas setiap usaha kecil mampu membawa makna yang besar buat golongan yang memerlukan.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur