2025-06-09 IDOPRESS

Foto AFP
PUTRAJAYA,8 Jun - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memaklumkan,penuntut Malaysia di Universiti Harvard boleh meneruskan pengajian mereka tanpa gangguan status visa buat masa ini.
Menerusi kenyataan KPT menjelaskan,ia susulan perkembangan terbaharu Mahkamah Persekutuan Amerika Syarikat (AS) yang memutuskan untuk mengekalkan Perintah Tahanan Sementara (TRO) yang difailkan oleh Universiti Harvard.
Ini sekali gus memberikan kelegaan kepada lebih 6,800 pelajar antarabangsa di universiti berkenaan.
Menurut kenyataan itu,KPT memantau rapat perkembangan isu berkenaan melalui Pejabat Education Malaysia Washington D.C. (EMWDC).
"Sehingga kini,seramai 54 pelajar Malaysia berada di universiti itu,terdiri daripada 16 pelajar tajaan dan 38 pelajar pembiayaan sendiri," jelas KPT.
Malah,KPT dan Pejabat EMWDC juga telah berhubung dengan pihak penaja yang berkaitan serta pihak berkuasa pendidikan AS serta menyambut baik komitmen mereka untuk bekerjasama memastikan kebajikan pelajar Malaysia sentiasa terpelihara.
KPT turut mengingatkan pelajar untuk sentiasa mengemas kini maklumat berkaitan Latihan Praktikal Pilihan (OPT) mereka serta berhati-hati dalam setiap tindakan yang melibatkan urusan imigresen.
“Buat masa ini tiada pelajar Malaysia mengalami masalah atau isu berkaitan rekod Sistem Pelajar dan Pertukaran Pelawat (SEVIS) serta penarikan semula visa mereka,” menurut kementerian itu lagi.
Bagi pelajar baharu yang akan melanjutkan pengajian ke Universiti Harvard bagi kemasukan September 2025,KPT menyarankan mereka berhubung secara langsung dengan pihak universiti dan penaja masing-masing untuk mendapatkan perkembangan terkini sebelum membuat sebarang keputusan lanjut.
“KPT menyeru agar semua pihak kekal tenang,bertindak berdasarkan maklumat sahih dan memberi keutamaan kepada kepentingan pelajar dalam menghadapi isu itu. KPT akan terus menyokong pelajar Malaysia di luar negara dalam apa jua keadaan,” ujar kementerian itu.##
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur