2025-06-09 IDOPRESS

Foto FB SUK Perak
IPOH,8 Jun- Polis melakukan beberapa penutupan dan lencongan jalan secara berperingkat di Lumut mulai hari ini hingga 15 Jun sempena Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 Negeri Perak.
Ketua Polis Daerah Manjung ACP Hasbullah Abd Rahman berkata program itu akan diadakan di Dataran Lumut selama tiga hari bermula 13 Jun.

Jalan-jalan yang akan ditutup - Foto FB SUK Perak
"Penutupan dan lencongan jalan yang bermula hari ini melibatkan laluan di Jalan Titi Panjang dari simpang Jalan Iskandar Shah dan Jalan Titi Panjang iaitu berhampiran kedai Pemborong Hasil Laut Anak Kampung Pangkor,ke arah simpang Jeti Lumut.
“Lencongan jalan (laluan sehala) di Jalan Titi Panjang bermula dari simpang Jeti Lumut sehingga ke arah simpang Jalan Iskandar Shah dan Jalan Titi Panjang,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Hasbullah berkata bermula 13 hingga 15 Jun pula,lencongan jalan menjadi laluan sehala akan dilakukan di Jalan Iskandar Shah bermula dari simpang Jalan Titi Panjang sehingga ke simpang Jeti Lumut.
"Kita turut lencongkan jalan menjadi laluan sehala dari simpang Jalan Nakhoda Mohamad Taib yang bersebelahan Restoran Nasi Ayam Bakar Tapah Road @ Lumut,menuju ke arah Jalan Raja Musa.
"Polis menasihati pengguna jalan raya khususnya warga Manjung untuk merancang perjalanan dan menggunakan laluan alternatif bagi mengelakkan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas semasa penutupan serta lencongan jalan dilaksanakan," katanya. -BERNAMA
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur