2025-06-09 IDOPRESS

Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,8 Jun- Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama menghala ke Lembah Klang mulai perlahan setakat 8 malam ini,susulan pergerakan orang ramai mula pulang ke ibu kota selepas cuti Aidiladha.
Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata aliran trafik dari arah utara ke Lembah Klang di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dilaporkan perlahan di beberapa lokasi termasuk Alor Setar Selatan ke Sungai Petani,Bandar Cassia ke Taiping dan Sungai Perak ke Ipoh.
Turut dilaporkan perlahan dari Gopeng ke Sungkai dan Behrang menuju ke Rawang.
"Aliran trafik dari arah selatan di PLUS pula dilaporkan perlahan dari Pagoh ke Ayer Keroh dan kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh ke Nilai," katanya kepada Bernama malam ini.
Bagi aliran trafik dari arah timur ke Lembah Klang di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dilaporkan perlahan di Lanchang ke Plaza Tol Karak,Karak ke Bukit Tinggi dan Genting Sempah ke Plaza Tol Gombak.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol PLUSLine 1-800-88-0000 dan laman X @plustrafik atau saluran WhatsApp LLM Info Trafik serta laman X @llmtrafik. -BERNAMA
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur