2025-06-09 IDOPRESS

Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,6 Jun- Malaysia perlu mengambil pendekatan yang lebih proaktif dengan memperluas capaian serta meningkatkan penggunaan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) yang telah ditandatangani.
Ia sebagai langkah persediaan menghadapi potensi pengenaan tarif baharu oleh Amerika Syarikat (AS).
Perkara itu dinyatakan Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Berhad,Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid.
Beliau berkata langkah tersebut mampu mengurangkan risiko terhadap sektor perdagangan negara khususnya dalam keadaan semasa yang menyaksikan dasar perdagangan global semakin tidak menentu.
“Usaha juga perlu digiatkan bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan peniaga tempatan,khususnya Perusahaan Mikro,Kecil dan Sederhana (PMKS) mengenai manfaat FTA yang dapat membantu mereka menembusi pasaran antarabangsa dengan lebih mudah dan berstruktur,” katanya.
Menurut beliau,masih ramai usahawan tempatan yang belum memanfaatkan kelebihan daripada FTA sedia ada,sekali gus mengehadkan potensi eksport produk dan perkhidmatan mereka ke pasaran luar negara.
Tambahnya,program-program seperti latihan peningkatan kapasiti,pemberian geran serta subsidi bersasar perlu diperkasakan bagi membina keupayaan dan daya saing peniaga tempatan,terutamanya dalam kalangan PMKS.
“Langkah-langkah ini penting untuk memastikan golongan peniaga ini bukan sahaja lebih berdaya saing,malah mampu menyesuaikan diri dengan perubahan dalam landskap perdagangan global yang semakin kompleks dan mencabar,” jelasnya.
Tambah beliau,Malaysia perlu menstruktur semula strategi perdagangan negara agar tidak terlalu bergantung kepada pasaran tradisional seperti Amerika Syarikat sahaja.
Sebaliknya,beliau menyarankan agar tumpuan turut diberikan kepada usaha memperkukuh hubungan dagangan serantau serta meneroka pasaran baharu yang sedang berkembang pesat,terutamanya di rantau Asia,Asia Barat dan Afrika.
Australia bincang dengan Petronas, pacu kerjasama dalam bidang tenaga
Tiga inisiatif untuk penternak, pesawah, petani di Melaka
JBPM kesan 11 panggilan palsu di Pulau Pinang
Malaysia utamakan keperluan bahan api domestik berbanding eksport
CIMB, DBKL perkasa pembangunan ekonomi Kuala Lumpur
Selangor peruntuk RM130.42 juta perkukuh daya tahan hadapi kesan krisis global
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur