2025-06-10 HaiPress

Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Fadillah Yusof
PUTRAJAYA,9 Jun-Setiap pihak digesa agar lebih proaktif dan bertanggungjawab dalam menjamin keselamatan jalan raya demi mengelakkan risiko kemalangan,terutama pada musim perayaan.
Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Fadillah Yusof menegaskan,insiden kemalangan jalan raya bukan sahaja menyebabkan kehilangan nyawa dan kecederaan,malah turut membawa kerugian besar kepada negara.
Beliau menyeru agar pengusaha kenderaan,khususnya bas memastikan semua kenderaan berada dalam keadaan baik dan selamat sebelum memulakan perjalanan.
“Pemandu pula perlu memastikan mereka berada dalam keadaan cergas dan sihat untuk memandu. Jika mengantuk,sebaiknya berhenti dan berehat seketika agar tidak membahayakan penumpang dan pengguna lain.
“Saya mengharapkan kita semua dapat bersama-sama mengambil tindakan yang sewajarnya. Setiap individu,termasuk agensi-agensi bertanggungjawab,perlu memainkan peranan masing-masing",katanya kepada pemberita ketika mengulas insiden nahas bas yang melibatkan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) awal pagi tadi.
Selain itu,beliau turut menggesa agensi berkaitan agar mengambil langkah holistik dalam memastikan keadaan jalan raya dalam keadaan baik.
Datuk Seri Fadillah turut menzahirkan rasa dukacita terhadap insiden kemalangan bas yang melibatkan mangsa termasuk pelajar UPSI tersebut.
Beliau mendoakan agar keluarga mangsa tabah menghadapi dugaan,selain mendoakan kesembuhan segera buat mangsa yang mengalami kecederaan.
“Saya mendoakan agar keluarga kekal tabah dalam menghadapi ujian ini. Bagi mereka yang cedera,kita doakan agar mereka pulih sepenuhnya dan dapat meneruskan kehidupan seperti biasa,terutamanya kepada yang masih menuntut di institusi pengajian,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Ibadah Korban sempena Program Korban Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin,di sini,hari ini.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur