2025-06-10 HaiPress

Foto Facebook Datuk Seri Fadillah Yusof
PUTRAJAYA,9 Jun – Sebanyak 15 ekor lembu dikorbankan menerusi Program Ibadah Korban PETRA bersama Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin,sempena sambutan Hari Raya Aidiladha.
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA),Datuk Seri Fadillah Yusof,berkata daripada jumlah tersebut,10 ekor lembu merupakan sumbangan hasil kutipan pihak masjid,manakala lima ekor lagi disumbangkan oleh PETRA.
Program tersebut melibatkan lebih 100 sukarelawan terdiri daripada kakitangan masjid,PETRA dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Daging korban kemudian diagihkan kepada masyarakat sekitar Putrajaya serta golongan asnaf terpilih.
“Ini merupakan amalan yang biasa setiap kali tibanya Aidiladha. Daging korban ini bukan sahaja simbol pengorbanan dalam agama,tetapi juga menjadi medan mempereratkan hubungan sesama masyarakat,khususnya antara yang berkemampuan dan mereka yang memerlukan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Daging Korban yang berlangsung di perkarangan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur