2025-06-10 HaiPress

Pengarah Kesihatan Perak Dr Feisul Idzwan Mustapha - Foto Bernama
IPOH,9 Jun - Proses bedah siasat kesemua mangsa yang terkorban dalam nahas di Jalan Raya Timur Barat (JRTB,di Gerik,dijangka selesai tengah malam ini.
Pengarah Kesihatan Negeri Perak,Dr Feisul Idzwan Mustapha berkata,tiga pasukan forensik ditugaskan bagi melakukan proses bedah siasat bermula pagi tadi.
Menurutnya,kesemua jenazah akan diserahkan kepada waris selepas selesai bedah siasat dan proses pengecaman.
"Kemungkinan besar kita boleh selesaikan selewat-lewatnya tengah malamini bergantung kepada keadaan dan jika tiada masalah lain yang kita kenal pasti serta dengan harapan semua waris hadir untuk mengenal pasti jenazah.
"Dalam masa sama pihak polis juga telah mengambil cap jari mangsa sebagai sebahagian daripada proses mengenalpasti semua jenazah," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media di perkarangan Jabatan forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB),di sini hari ini.
Menurutnya,setakat 3.30 petang,enam jenazah telah selesai dibedah siasat.
Dalam nahas awal pagi tadi,15 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) maut selepas bas dinaiki dari Jertih,Terengganu untuk ke kampus mereka di Tanjung Malim,Perak terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan pelbagai guna di JRTB berhampiran Tasik Banding,Gerik.
Jenazah 13 penuntut dihantar ke HRPB untuk dibedah siasat,manakala dua lagi jenazah dihantar ke Hospital Gerik untuk proses sama.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur