2025-06-10 HaiPress

NIOSH tawar kepakaran tingkat keselamatan pengangkutan awam / Foto Hiasan / Bernama
SHAH ALAM,9 Jun – Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) menyatakan kesediaannya untuk menawarkan kepakaran kepada pengendali pengangkutan awam bagi meningkatkan tahap keselamatan serta kesihatan penumpang dan pekerja dalam sektor berkenaan.
NIOSH dalam satu kenyataan memaklumkan bantuan itu merangkumi latihan,audit keselamatan kenderaan,penilaian risiko serta program kesedaran keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP).
Menurut institut itu,inisiatif tersebut adalah selaras dengan aspirasi Pelan Induk KKP 2021–2025 (OSHMP25),yang bertujuan mewujudkan persekitaran kerja yang lebih selamat dan sihat untuk seluruh rakyat Malaysia.
“Kami menyeru semua pihak yang terlibat dalam sektor pengangkutan awam supaya sentiasa mengutamakan aspek keselamatan dan kesihatan penumpang serta pekerja,” kata kenyataan itu.
NIOSH turut menekankan kerjasama dan usaha berterusan daripada semua pihak amat penting bagi memastikan keselamatan semua pengguna jalan raya,terutamanya mereka yang menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam.
Dalam kenyataan sama,NIOSH merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam insiden kemalangan membabitkan bas yang dinaiki penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) serta mendoakan agar mangsa yang cedera segera sembuh dan keluarga yang kehilangan insan tersayang diberi kekuatan menghadapi dugaan.
“Sebagai agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) yang bertanggungjawab dalam bidang KKP,kami amat prihatin terhadap keselamatan pelajar dan orang awam semasa menggunakan pengangkutan awam darat,termasuk perkhidmatan bas ekspres serta sewa khas bagi tujuan perjalanan pelajar,” tambah kenyataan itu.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur