2025-06-10 HaiPress

Muhammad Aiman Hazman Halim/ BERNAMA
GERIK,9 Jun- "Datang hanya untuk buat pengesahan status adik,namun sebaliknya berlaku".
Itu yang diluahkan abang kepada mangsa yang maut dalam nahas bas yang melibatkan penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI),Muhammad Adib Hazim Halim,22 tahun,di laluan Jeli-Gerik awal pagi tadi.
Menurut abang mangsa,Muhammad Aiman Hazman Halim,32 tahun,keluarganya mengetahui insiden tersebut menerusi media sosial,sebelum ibunya mengenali bas tersebut sebagai kenderaan yang dinaiki oleh Adib.
Selepas melihat video yang tular,mereka terus bergegas ke Hospital Gerik untuk mencari Adib.
"Tengok yang viral itu... saya terus datang ke sini untuk mendapatkan kepastian sama ada dia (adik) terlibat atau tidak dalam kemalangan.
"Dalam senarai yang terlibat itu,dia tiada dalam yang meninggal itu. Bila kami datang ke sini dengan harapan dia ada lagi dan sempat lagi jumpa. Namun,mereka 'call' minta saya ke Unit Forensik untuk melakukan pengecaman jenazah.
"Memang tiada perubahan,biasanya adik saya seorang suka menyertai aktiviti seperti mengaji,tilawah al-Quran dan sebagainya. Memang dia anak yang baik",katanya ketika di temui pemberita di Hospital Gerik.
Tambahnya,kebiasaanya adiknya itu akan menumpang adik-beradik untuk pulang ke kampung halaman.
Ketika Hari Raya Aidiladha baru-baru ini,Adib turut menghadiahkan gubahan wang kepada ibunya sempena hari lahir.
Sementara itu,van yang membawa jenazah Muhammad Adib Hazim Halim dan Wan Nur Suhaila Wan Muhammad bergerak ke Kuala Besut kira-kira pukul 6.20 petang tadi.
Dalam kejadian awal pagi tadi,sebuah bas persiaran yang disewa khas membawa 44 penumpang termasuk 42 penuntut UPSI dan dua kru terbalik dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Raya Timur-Barat,dekat Banun,Hulu Perak.
Seramai 13 mangsa disahkan maut di lokasi kejadian,manakala dua lagi meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Gerik,menjadikan jumlah korban seramai 15 orang.
Manakala,31 mangsa di dalam bas mengalami kecederaan,empat lagi penumpang dari kereta MPV turut cedera,termasuk seorang yang patah tangan.
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur