2025-06-10 HaiPress

Orang ramai mengangkat jenazah Wan Nur Suhaila Wan Mohammad,22,selepas selesai solat jenazah sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Amer malam tadi / BERNAMA
BESUT,10 Jun- Dua jenazah terawal mangsa nahas jalan raya melibatkan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Jalan Jeli–Gerik selamat tiba di kampung halaman masing-masing di Terengganu malam tadi.
Jenazah Wan Nur Suhaila Wan Muhammad,disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Amir tepat pukul 12 tengah malam selepas selesai proses bedah siasat di Hospital Gerik,Perak.
Sebelum itu,jenazah Wan Nur Suhaila dibawa ke Masjid Al-Mukhlisin,Kampung Amir untuk disolatkan oleh ahli keluarga,kenalan dan penduduk kampung. Kira-kira 500 orang hadir memberikan penghormatan terakhir.
Sementara itu,jenazah seorang lagi mangsa,Muhammad Adib Hazim Halim,turut selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pasir Badak,Jerteh selepas tiba lewat malam tadi.
Sebanyak 13 lagi jenazah yang dibawa serentak dari Hospital Raja Permaisuri Bainun,Ipoh dijangka tiba di Masjid Hadari,Jerteh pagi ini untuk proses solat jenazah sebelum dibawa pulang ke lokasi pengebumian masing-masing.
Australia bincang dengan Petronas, pacu kerjasama dalam bidang tenaga
Tiga inisiatif untuk penternak, pesawah, petani di Melaka
JBPM kesan 11 panggilan palsu di Pulau Pinang
Malaysia utamakan keperluan bahan api domestik berbanding eksport
CIMB, DBKL perkasa pembangunan ekonomi Kuala Lumpur
Selangor peruntuk RM130.42 juta perkukuh daya tahan hadapi kesan krisis global
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur