2025-06-10 HaiPress

Foto FB ASiS
KUALA LUMPUR,10 Jun- Satu kebakaran membabitkan blok pentadbiran Sekolah Menengah Sains Alam Shah (ASiS,Jalan Yaacob Latif,Bandar Tun Razak musnah sepenuhnya dalam kejadian,awal pagi tadi.
Ketua Balai BBP Bandar Tun Razak,Penolong Kanan Penguasa Bomba Azizi Abdullah dalam kenyataan berkata kebakaran melibatkan keseluruhan tiga tingkat bangunan seluas anggaran 300 kali 30 kaki persegi.
Pihaknya menerima panggilan kecemasan menerusi talian MERS999 pada pukul 4.15 pagi.
Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Razak telah digerakkan ke lokasi kejadian dengan bantuan daripada BBP Jalan Hang Tuah,BBP Cheras dan BBP Sentul.
"Operasi memadam kebakaran itu melibatkan seramai 44 anggota bomba bersama empat jentera Fire Rescue Tender (FRT),dua buah Water Tanker,satu unit Arial Ladder Platform (ALP) dan sebuah kenderaan Emergency Medical Rescue Service (EMRS).
Kebakaran berjaya dikawal pada pukul 5.08 pagi dan dipadam sepenuhnya pada pukul 6.18 pagi," katanya dalam kenyataan.
Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian tersebut.
Punca kebakaran masih dalam siasatan oleh Unit Forensik Kebakaran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur.
GAC Menjadi Rakan Rasmi Jelajah Pra-Musim Chelsea FC di Hong Kong dan Malaysia
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur