2025-06-10 HaiPress

Lebih 3,000 jemaah melaksanakan solat jenazah 13 penuntut UPSI di Masjid Hadhari Jerteh Besut.
JERTIH,10 Jun- Tiga lagi jenazah pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terkorban dalam nahas jalan raya di Lebuhraya Timur–Barat (JRTB) dekat Gerik,Perak,pada awal pagi Isnin,selamat dikebumikan awal pagi ini menjadikan setakat ini lima jenazah telah disemadikan.
Jenazah Fatin Nasrien Fadil,22,dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Kerandang,pada pukul 4.10 pagi.
Kira-kira 100 orang termasuk ahli keluarga,rakan-rakan,penduduk kampung hadir memberikan penghormatan terakhir.
Turut hadir,Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pertanian,Industri Asas Tani,Sekuriti Makanan dan Komoditi negeri,Datuk Dr Azman Ibrahim.
Sementara itu,jenazah Fakhrul Arif Rosdi dan Sufea Adela Maslihaizan,masing-masing dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pasir Akar dan Tanah Perkuburan Islam Kampung Gong Penaga kira-kira pukul 4.30 pagi.
Solat jenazah bagi ketiga-tiga mangsa bersama 10 lagi pelajar UPSI diadakan di Masjid Hadhari,sejurus ketibaan kesemua jenazah dari Hospital Raja Permaisuri Bainun,Ipoh pada pukul 2.55 pagi.
Lebih 3,000 jemaah melaksanakan solat jenazah 13 penuntut UPSI di Masjid Hadhari Jerteh Besut.
Solat diimamkan Exco Penerangan,Dakwah dan Pelaksanaan Syariah Terengganu,Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi selesai kira-kira pukul 3.15 pagi.
Difahamkan,lapan lagi jenazah turut dijadualkan untuk dikebumikan pagi ini.
Terdahulu,jenazah Wan Nur Suhaila Wan Muhammad dan Muhammad Adib Hazim Halim selamat dikebumikan.
Wan Nur Suhaila dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Amer,Kampung Raja,Besut pada 11.37 malam tadi manakala Muhammad Adib di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pasir Badak,Hulu Besut dekat sini pada 12.15 tengah malam dan kedua-duanya dibawa dari Hospital Gerik.
Australia bincang dengan Petronas, pacu kerjasama dalam bidang tenaga
Tiga inisiatif untuk penternak, pesawah, petani di Melaka
JBPM kesan 11 panggilan palsu di Pulau Pinang
Malaysia utamakan keperluan bahan api domestik berbanding eksport
CIMB, DBKL perkasa pembangunan ekonomi Kuala Lumpur
Selangor peruntuk RM130.42 juta perkukuh daya tahan hadapi kesan krisis global
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur