2025-06-10 HaiPress

FOTO FB DR ASYRAF WAJDI DUSUKI
KUALA LUMPUR,10 Jun- Yayasan Pelajaran MARA (YPM) menyalurkan sumbangan kilat sebanyak RM1,000 kepada setiap pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terlibat dalam nahas bas di Jalan Raya Timur-Barat berhampiran Tasik Banding,awal pagi tadi.
Nahas membabitkan sebuah bas ekspres yang membawa pelajar UPSI dari Tanjung Malim ke Terengganu itu dipercayai berlaku apabila kenderaan terbabit hilang kawalan lalu terbabas ke tepi jalan.
Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA),Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki dalam satu hantaran di laman Facebook memaklumkan beliau telah mewakili Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi untuk menziarahi mangsa-mangsa kemalangan tersebut.
Dalam lawatan ke Hospital Gerik itu,Dr. Asyraf turut berkesempatan menyampaikan sendiri bantuan kilat kepada beberapa keluarga mangsa yang terkorban,serta menziarahi pelajar-pelajar yang terselamat dan sedang menerima rawatan.
"Hati saya amat tersentuh melihat keadaan mangsa serta bertemu sendiri dengan ahli keluarga mereka di Hospital Gerik. Lebih memilukan apabila ada dalam kalangan mereka yang baru menerima khabar kehilangan insan tersayang sejurus sampai di tempat kejadian yang baru tiba dari Jerteh," katanya dalam hantaran tersebut.
Beliau turut menzahirkan doa agar semua mangsa diberi kesembuhan segera dan kekuatan buat keluarga yang sedang menghadapi ujian berat itu.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur