2025-06-10 HaiPress

FOTO BERNAMA
KUALA LUMPUR,10 Jun-Susulan insiden kemalangan tragis di Lebuhraya Timur–Barat Gerik yang meragut 15 nyawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI),Menteri Pengangkutan Anthony Loke memberi jaminan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap syarikat bas yang terlibat.
Menurutnya,sejurus selepas kejadian,Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) telah mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada syarikat pengendali bas tersebut,sementara Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kini sedang menjalankan Pemeriksaan dan Audit Keselamatan (JISA) terhadap bas serta syarikat terlibat.
“Tindakan tegas akan dikenakan sebaik siasatan selesai. Tiada kompromi terhadap keselamatan nyawa,terutama apabila melibatkan kenderaan komersial yang membawa penumpang.” katanya dalam kenyataan menerusi Facebook semalam.
Audit itu dijalankan mengikut peruntukan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715).
Anthony turut menjelaskan bahawa kerajaan kini dalam proses memperhalusi pelaksanaan wajib sistem 'Speed Limiter' bagi kenderaan berat,sebagai langkah jangka panjang memperkukuh piawaian keselamatan jalan raya.
Katanya lagi,kementerian tidak akan berhenti daripada menambah baik dasar keselamatan jalan raya dan akan terus melindungi pengguna daripada pemandu tidak bertanggungjawab serta kenderaan berat yang gagal memenuhi standard keselamatan.
Dalam masa yang sama,beliau menyifatkan tragedi tersebut sebagai satu kehilangan besar buat keluarga mangsa dan negara. Menteri itu turut memuji kecekapan Kementerian Pendidikan Tinggi serta pengurusan UPSI yang pantas menyantuni keluarga mangsa.
“Semoga kejadian ini menjadi peringatan buat semua bahawa nyawa rakyat tidak boleh dipandang ringan,” ujarnya.
Prasarana bina generasi tenaga mahir pengangkutan awam melalui Program T-GEAR
Isu rumah ibadat perlu ditangani harmoni – KPN
Pendekatan damai mencerminkan kematangan rakyat Malaysia tangani perbezaan
Kos haji kekal: Beri peluang umat Islam tunai haji serta rancang kewangan
ABU DBS 2026 kembali, himpun penggiat industri penyiaran 30 Mac-2 April
PETRA perkukuh kesiapsiagaan banjir menjelang Aidilfitri
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur