2025-06-10 HaiPress

Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,9 Jun- Batik Air mencatat sejarah sebagai syarikat penerbangan Malaysia pertama yang menawarkan penerbangan terus berjadual antara Kuala Lumpur dan Dili,Timor-Leste.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya,Datuk Chandran Rama Muthy dalam satu kenyataan berkata laluan itu membuka pintu baharu kepada pelancong dari Timor-Leste sekali gus memperkukuh kedudukan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA T1) sebagai hab penerbangan serantau.
Perkhidmatan dua kali seminggu tersebut mencerminkan komitmen syarikat penerbangan itu dalam mempertingkatkan keterhubungan serantau melalui pengembangan pasaran yang strategik.
Kemasukan Batik Air ke pasaran baharu berkenaan merupakan langkah yang tepat pada masanya dan menyokong pertumbuhan sektor pelancongan negara dengan menarik pelancong baharu dari destinasi tersebut.
"Kami melihat potensi besar dalam laluan baharu ini,bukan sahaja dari segi pergerakan penumpang malah peluang lebih luas untuk menjemput pelancong dari Timor-Leste meneroka pelbagai tarikan pelancongan Malaysia," kata Datuk Chandran.
Sementara itu,Tourism Malaysia turut menyambut ketibaan sulung penerbangan itu dengan pemberian cenderamata kepada penumpang,sebagai simbol kerjasama budaya dan pelancongan antara kedua-dua negara.
Inisiatif tersebut menyerlahkan matlamat bersama untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi utama sambil mengukuhkan hubungan dengan Timor-Leste melalui pelancongan dan pertukaran budaya.
"Dengan Malaysia menerima kunjungan 38 juta pelawat antarabangsa pada tahun 2024,kami optimis bahawa keterhubungan baharu ini akan meningkatkan lagi jumlah pelawat dan menyumbang secara positif kepada kejayaan kempen Tahun Melawat Malaysia 2026," kata Ketua Pengarah Tourism Malaysia,Datuk Manoharan Periasamy.
GAC Menjadi Rakan Rasmi Jelajah Pra-Musim Chelsea FC di Hong Kong dan Malaysia
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur