2025-06-10 HaiPress

SST disemak semula mulai Julai 2025,fokus lindungi rakyat dan PMKS / Foto Hiasan / Bernama
PUTRAJAYA,9 Jun – Kerajaan akan melaksanakan semakan kadar Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST) serta peluasan skop percukaian bermula 1 Julai 2025,sebagai langkah memperkukuh kedudukan fiskal negara dan memperluas asas percukaian tanpa membebankan rakyat terbanyak.
Menteri Kewangan II,Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata penyesuaian kadar dan peluasan skop SST adalah sebahagian daripada pembaharuan fiskal di bawah kerangka Ekonomi MADANI,dengan memberi keutamaan kepada perlindungan barangan keperluan asas serta pengecualian cukai kepada golongan rentan dan perusahaan mikro,kecil dan sederhana (PMKS).
“Antara langkah utama termasuk pelaksanaan Cukai Perkhidmatan (CP) sebanyak lapan peratus terhadap perkhidmatan kewangan berasaskan fi atau komisen,perkhidmatan kecantikan bernilai lebih RM500,000 setahun dan perkhidmatan sewaan atau pajakan yang melebihi ambang hasil RM500,000 setahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut beliau,kadar CP sebanyak enam peratus pula dikenakan terhadap kerja pembinaan dengan nilai ambang mencecah RM1.5 juta,yang bertujuan membantu kontraktor kecil dan sederhana.
Perkhidmatan jagaan kesihatan swasta pula akan dikenakan CP enam peratus khusus untuk bukan warganegara,manakala rakyat tempatan dikecualikan.
“Bagi sektor pendidikan,CP hanya dikenakan ke atas pendidikan swasta prasekolah,rendah dan menengah jika yuran tahunan melebihi RM60,000 seorang,manakala CP turut dikenakan ke atas pengajian tinggi bagi pelajar bukan warganegara. Pelajar tempatan dikecualikan sepenuhnya,” jelas beliau.
Sementara itu,bagi Cukai Jualan (CJ),kerajaan mengekalkan kadar sifar ke atas barangan keperluan asas. Kadar CJ sebanyak lima atau 10 peratus hanya dikenakan terhadap barangan pilihan dan bukan keperluan.
Pelbagai pengecualian turut disediakan termasuk CP bagi sewaan bangunan kediaman,bahan bacaan,pajakan kewangan,aset di luar negara serta transaksi perniagaan ke perniagaan (B2B). Kontrak yang tidak boleh disemak semula turut diberi pengecualian CP selama 12 bulan bagi mengelakkan cukai berganda.
Pengecualian juga diberikan kepada PMKS yang mencatat pendapatan kurang daripada RM500,serta perkhidmatan kewangan asas seperti perbankan asas dan pembiayaan syariah berasaskan faedah atau keuntungan.
Selain itu,pengecualian CP turut meliputi keuntungan pertukaran mata wang asing,caj punitif,kiriman wang ke luar negara,pasaran modal dan fasiliti eksport.
Amir Hamzah berkata,langkah komprehensif itu mampu meningkatkan hasil negara secara mampan sekali gus memperkukuh jaringan keselamatan sosial negara tanpa menekan golongan terbanyak.
“Kerajaan MADANI kekal komited memperkukuh sistem percukaian secara telus,progresif dan adil. Pihak industri juga disaran mendapatkan nasihat awal daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) sebagai persediaan pelaksanaan sepenuhnya pada Julai 2025,” katanya.
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur