2025-06-10 HaiPress

Rasionalisasi subsidi dorong prestasi ekonomi domestik / Foto Hiasan / Bernama
KUALA LUMPUR,9 Jun – Ekonomi domestik terus mencatatkan pertumbuhan memberangsangkan pada suku pertama tahun ini,mencerminkan komitmen kerajaan dalam memastikan pengurusan kewangan negara dilakukan secara berhemah dan berstruktur.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd,Dr. Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata prestasi positif itu didorong oleh pelaksanaan dasar fiskal yang lebih mampan,termasuk langkah rasionalisasi subsidi yang mula dilaksanakan tahun lalu.
“Antara langkah utama yang menyumbang kepada pengurangan defisit termasuklah pelaksanaan dasar rasionalisasi subsidi,khususnya subsidi diesel,yang telah mengurangkan beban perbelanjaan kerajaan,” katanya ketika ditemui pemberita di Angkasapuri Kota Media,di sini hari ini.
Beliau turut memaklumkan,peningkatan kadar Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) daripada 6 peratus kepada 8 peratus pada Mac tahun lalu telah menyumbang kepada peningkatan kutipan hasil sebanyak 30 peratus,sekali gus mengukuhkan kedudukan fiskal negara.
Namun begitu,Dr. Afzanizam menjelaskan kerajaan dijangka terus memantau pelaksanaan dasar tersebut dengan teliti,mengambil kira perkembangan semasa ekonomi serta kesan langsungnya terhadap kesejahteraan rakyat.
“Pemerhatian rapi terhadap perkembangan fiskal dan makroekonomi global akan terus menjadi asas penting kepada sebarang keputusan dasar ekonomi negara dalam masa terdekat,” tambah beliau.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur