2025-06-10 HaiPress

Bank Muamalat melancarkan cawangan terbaharunya di Melaka - Foto FB Ab Rauf Yusoh
MELAKA,9 Jun - Bank Muamalat Malaysia Berhad melancarkan cawangan terbaharunya di Melaka,hari ini sekali gus mengukuhkan komitmen dalam memperluas rangkaian dan perkhidmatan perbankan Islam di negeri berkenaan.
Cawangan baharu yang terletak di Melaka International Bowling Centre (MIBC),Ayer Keroh itu yang juga kawasan pentadbiran negeri dan perindustrian,menawarkan pelbagai perkhidmatan termasuk urusan zakat dan Tabung Haji.

Majlis pelancaran disempurnakan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh
Dalam majlis yang sama,Bank Muamalat turut menyampaikan sumbangan berjumlah RM57,200 kepada sembilan masjid dan dua Jawatankuasa Pembangunan Kemajuan dan Keselamatan Kampung terpilih di sekitar negeri Melaka sebagai sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR).
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya,Khairul Kamarudin berkata,cawangan berkenaan akan memperkukuh peranan Bank Muamalat sebagai rakan strategik kepada pembangunan negeri.
"Kehadiran kami di Melaka adalah manifestasi komitmen jangka panjang untuk memperluaskan akses kewangan Islam kepada komuniti
setempat,menyokong agenda digitalisasi dan memperkasa keusahawanan," katanya dalam satu kenyataan.
Majlis pelancaran cawangan terbaharu Bank Muamalat itu disempurnakan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur