2025-06-10 IDOPRESS

Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menyantuni keluarga mangsa di HRPB,Ipoh - FB Zambry Abd Kadir
IPOH,9 Jun - Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan menyalurkan bantuan segera kepada setiap waris dan mangsa nahas membabitkan sebuah bas persiaran membawa penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris,(UPSI) di Gerik,awal pagi tadi.
Menteri Pendidikan Tinggi,Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata,bantuan sebanyak RM2,000 disalurkan kepada waris mangsa yang terkorban,manakala RM1,000 kepada semua mangsa yang terlibat.
Beliau berkata,bantuan itu akan disalurkan melalui Yayasan Siswa bertujuan meringankan beban warisdan mangsa.

Bantuan segera RM2,000 dan RM1,000 akan disalurkan KPT kepada waris dan mangsa - FB Zambry Abd Kadir
"Di peringkat ini segala keperluan khususnya bagi menguruskan jenazah telah disediakan termasuklah penyediaan van jenazah untuk menghantar jenazah-jenazah ke destinasi masing-masing," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB),di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek Dan Naib Canselor UPSI Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff.

KPT dan KKM akan memastikan kesemua mangsa dan keluarga mangsa dibantu segera - FB Zambry Abd Kadir
Datuk Seri Zambry berkata,pihak KPT turut bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan (KKM) dalam memastikan langkah-langkah segera dapat diberikan dalam membantu kesemua mangsa dan keluarga mereka.
Sementara itu beliau memaklumkan 13 jenazah telah tiba di Jabatan Forensik HRPB untuk proses bedah siasat,manakala dua lagi di Hospital Gerik.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur