2025-06-10 IDOPRESS

Foto Facebook Datuk Seri Dr Ahmad Zahid
PUTRAJAYA,8 Jun- Kerajaan telah menggerakkan mobilisasi penuh agensi-agensi utama bagi menghadapi impak Monsun Barat Daya yang kini melanda negara sejak 10 Mei dan dijangka berlanjutan sehingga September 2025.
Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata,kesiapsiagaan menyeluruh amat penting memandangkan monsun kali ini membawa risiko cuaca panas berpanjangan,kekurangan bekalan air,kebakaran terbuka,jerebu serta gangguan kepada hasil pertanian negara.
“Laporan Jabatan Meteorologi Malaysia menunjukkan pengurangan hujan antara 20 hingga 40 peratus di utara Semenanjung dan barat Sarawak,dengan peningkatan ketara dalam bilangan hari tanpa hujan,” katanya dalam kenyataan menerusi Facebook selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) Bil. 1/2025.
Beliau berkata,antara langkah segera yang diambil termasuk penugasan 24,053 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta cadangan pembenihan awan di kawasan empangan kritikal seperti Empangan Malut,Kedah.
Jabatan Alam Sekitar (JAS) turut menjalankan tindakan penguatkuasaan terhadap pembakaran terbuka dengan 150 tindakan telah diambil setakat ini,melibatkan kompaun dan kes dibawa ke mahkamah.
Selain itu,aset kritikal seperti pam air dan perigi tiub (tubewell) milik Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) akan digunakan sepenuhnya oleh pasukan tindak balas termasuk JBPM bagi tujuan memadam kebakaran.
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid berkata,usaha mobilisasi kini merangkumi semua agensi terlibat seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM),Angkatan Tentera Malaysia (ATM),Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM),Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA),Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia),Jabatan Alam Sekitar (JAS),Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS),Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),pihak berkuasa tempatan (PBT) serta syarikat air negeri untuk memperkukuh operasi lapangan,pemantauan,logistik dan komunikasi risiko.
Beliau turut menegaskan komitmen Kerajaan MADANI terhadap prinsip “Tiada Yang Tertinggal” (No One Left Behind),dimana semua bantuan termasuk Bantuan Wang Ihsan (BWI) perlu disalurkan secara telus,adil dan berdasarkan keperluan sebenar rakyat.
“Saya menyeru orang ramai agar terus berwaspada,elakkan pembakaran terbuka,hadkan aktiviti luar dan pastikan pengambilan air yang mencukupi. Keselamatan dan kesejahteraan rakyat adalah keutamaan kita bersama,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur