2025-06-10 IDOPRESS

Sultan Perak Sultan Nazrin Shah bersama Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim berkenan menyantuni waris mangsa - Foto Bernama
IPOH,9 Jun - Susulan daripada kekerapan kemalangan jalan raya yang mengakibatkan kehilangan nyawa kebelakangan ini,Sultan Perak,Sultan Nazrin Muizzuddin Shah,berpandangan bahawa langkah-langkah preventif perlu segera dilaksana.
Baginda menitahkan semua pihak berkaitan menjadikan tragedi yang berlaku sebagai satu pengajaran penting,dengan mengenal pasti serta menerima kelemahan sedia ada untuk dilakukan penambahbaikan.
Titah baginda,penambahbaikan perlu diberi penekanan khususnya dari sudut penguatkuasaan undang-undang dan peraturan bagi mengelakkan kejadian kemalangan tragik daripada terus berulang.

Sultan Nazrin turut menerima sembah taklimat mengenai nahas bas yang mengorbankan penuntut UPSI - Bernama
Terdahulu,Baginda bersama Raja Permaisuri Perak,Tuanku Zara Salim,yang juga Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berkenan berangkat ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB),untuk menziarahi keluarga mangsa.
Baginda berdua turut menerima sembah taklimat mengenai nahas bas yang membawa penuntut UPSI di Kilometer (KM) 53,Jalan Raya Timur-Barat (JRTB),Gerik awal pagi tadi dan mengorbankan 15 nyawa.
Sultan Perak turut menzahirkan rasa dukacita terhadap tragedi berkenaan.
Dalam pada itu,Baginda menzahirkan simpati serta ucapan takziah kepada ibu bapa dan keluarga mangsa yang terlibat.
Baginda turut berdoa agar semua waris mangsa diberikan kekuatan dan ketabahan menghadapi ujian berat ini dengan reda.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur