2025-06-10 IDOPRESS

Ketua Polis Perak,Datuk Noor Hisam Nordin
IPOH,9 Jun- Siasatan menyeluruh sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar nahas bas yang mengorbankan 15 nyawa di Kilometer 53,Jalan Raya Timur-Barat Gerik–Jeli,awal pagi tadi.
Ketua Polis Perak,Datuk Noor Hisam Nordin berkata,semua kemungkinan termasuk kecuaian manusia dan faktor teknikal sedang diteliti.
"Agak sukar untuk melihat dalam keadaan gelap kerana kawasan itu hampir gelap sepenuhnya. Tiada garisan jalan,jadi keadaan jalan raya turut menyumbang kepada berlakunya kemalangan ini. Itu yang saya lihat di lokasi kejadian.
"Namun,selebihnya masih dalam siasatan meliputi semua kemungkinan dan sudut,sama ada berpunca daripada kesilapan manusia atau masalah teknikal pada bas itu sendiri",katanya kepada pemberita ketika menziarahi waris mangsa di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun,Ipoh.
Setakat ini,satu rakaman kamera papan pemuka (dashcam) telah diterima dan diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan lanjut.
Pihak polis juga masih menunggu kenyataan tambahan daripada mangsa terselamat dan saksi kejadian.
Datuk Noor Hisam turut menasihati pengguna jalan raya agar lebih berhati-hati terutama ketika musim perayaan dan cuaca tidak menentu,serta menyeru agar keadaan jalan berisiko tinggi diberi perhatian serius oleh pihak berwajib.
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur