2025-06-10 IDOPRESS

Presiden Poland,Andrzej Duda,bersama isteri tiba di Malaysia bagi lawatan rasmi 3 hari
SEPANG,9 Jun - Presiden Poland,tiba di Malaysia hari ini bagi memulakan lawatan rasmi selama tiga hari bagi mengukuhkan hubungan dua hala dan meluaskan kerjasama sedia ada.
Lawatan ini juga adalah kunjungan sulung beliau ke Malaysia sejak memegang jawatan pada 6 Ogos 2015.
Beliau diiringi isteri,Agata Kornhauser-Duda,serta delegasi pegawai kanan kerajaan Poland,tiba di Kompleks Bunga Raya,Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 8.21 malam.
Antara yang menyambut ketibaannya,Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad yang juga menteri pengiring bagi lawatan ini.
Sejurus tiba,Presiden Poland itu disambut dengan Kawalan Kehormatan Setempat oleh Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (Istiadat) dengan kekuatan dua pegawai dan 26 anggota lain-lain pangkat yang diketuai oleh Kapten,Mohd Masrur Hidayat Masri.

Presiden Poland akan diberikan sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra,Putrajaya esok
Lawatan bersejarah ini diadakan pada waktu yang cukup signifikan,bertepatan dengan Kepengerusian Malaysia dalam ASEAN 2025 serta kepimpinan Poland sebagai Presiden Majlis Kesatuan Eropah (EU) dari Januari hingga Jun ini.
Presiden Poland akan diberikan sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra,Putrajaya esok disusuli mesyuarat dua hala dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketibaan beliau akan disambut secara rasmi oleh Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim,di Perdana Putra,Putrajaya.
Kedua-dua pemimpin dijangka membincangkan usaha memperkukuh kerjasama dua hala termasuk bidang perdagangan dan pelaburan,industri pertahanan,pertanian,sektor halal dan agrokomoditi.
Bagi meraikan kedatangan Presiden Duda,satu majlis jamuan rasmi akan dihoskan oleh Datuk Seri Anwar di Kompleks Seri Perdana selepas mesyuarat tersebut.
Selain acara rasmi di Putrajaya,beliau turut dijadualkan melawat Rejimen Kedua Kor Armor Diraja di Kem Sunggala,Port Dickson,serta menyampaikan syarahan awam di Institut Asia-Eropah,Universiti Malaya.
Lawatan ini mencerminkan hubungan erat da mesra antara Malaysia dan Poland yang telah terjalin sejak 1971.
Pada 2024,Poland merupakan rakan dagang kelapan terbesar Malaysia dalam kalangan negara EU,dengan jumlah dagangan dua hala meningkat sebanyak 19.5 peratus kepada RM5.66 bilion berbanding tahun sebelumnya.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur