2025-06-10 IDOPRESS

Rizab Antarabangsa Malaysia meningkat kepada AS$119.60 bilion setakat 30 Mei 2025 / Foto Hiasan
KUALA LUMPUR,9 Jun - Rizab Antarabangsa Malaysia mencatat peningkatan kecil kepada AS$119.60 bilion pada 30 Mei 2025,berbanding AS$119.10 bilion pada 15 Mei 2025,menurut kenyataan Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini.
BNM memaklumkan kedudukan rizab tersebut adalah mencukupi untuk membiayai 5.0 bulan import barangan dan perkhidmatan serta 0.9 kali jumlah hutang luar negara jangka pendek.
Komponen utama rizab antarabangsa terdiri daripada rizab mata wang asing sebanyak AS$106.4 bilion,kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) (AS$1.3 bilion),hak pengeluaran khas (SDR) (AS$5.8 bilion),emas (AS$3.8 bilion) dan aset rizab lain (AS$2.3 bilion).
Dari segi jumlah aset keseluruhan,bank pusat itu melaporkan nilai sebanyak RM627.92 bilion,yang merangkumi emas dan pertukaran serta rizab lain termasuk SDR (RM530 bilion),kertas kerajaan Malaysia (RM12.92 bilion),deposit dengan institusi kewangan (RM4.26 juta),pinjaman dan pendahuluan (RM27.00 bilion),tanah dan bangunan (RM4.58 bilion),dan aset-aset lain (RM49.16 bilion).
Manakala jumlah keseluruhan modal dan liabiliti juga berjumlah RM627.92 bilion terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta),rizab (RM193.24 bilion),mata wang dalam edaran (RM172.90 bilion),deposit oleh institusi kewangan (RM131.81 bilion),deposit kerajaan persekutuan (RM5.44 bilion),deposit-deposit lain (RM82.37 bilion),kertas Bank Negara (RM10.56 billion),peruntukan SDR (RM28.38 bilion),dan liabiliti-liabiliti lain (RM3.12 billion).
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur