2025-06-11 HaiPress

Foto RTM
IPOH,11 Jun - Pemandu bas yang terlibat dalam nahas di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berdekatan Tasik Banding,Gerik pada 9 Jun lalu dinasihatkan agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan secara terbuka kepada mana-mana pihak.
Ketua Polis Perak Datuk Noor Hisam Nordin berkata tindakan tersebut boleh mengganggu siasatan yang sedang dijalankan oleh pihak polis.
Menurutnya,pemandu berusia 39 tahun itu kini sedang menerima rawatan di Hospital Taiping dan keterangan akan diambil sebaik sahaja dibenarkan keluar dari hospital.
"Banyak juga persoalan dan sehingga kini pihak polis masih belum mereman pemandu bas terbabit. Polis akan menunggu sehingga beliau dibenarkan pulang oleh pihak hospital. Saya nasihatkan agar pemandu tersebut tidak beri sebarang kenyataan takut ia mengganggu siasatan," ujarnya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinien (IPK) Perak di Ipoh.
Setakat ini 18 saksi telah diambil keterangan melibatkan beberapa pihak termasuk pelajar UPSI yang terlibat dalam kemalangan tersebut.
Mengulas mengenai rakaman video daripada kamera papan pemuka yang merakam kejadian itu,beliau memaklumkan bahawa bukti berkenaan telah dihantar ke Jabatan Forensik Bukit Aman untuk dianalisis.
Dalam kejadian pada 9 Jun lalu,seramai 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) disahkan maut selepas bas yang dinaiki mereka dalam perjalanan pulang ke universiti selepas cuti Hari Raya Aidiladha terbabit dalam kemalangan.
15 orang yang lain turut tercedera termasuk pemandu bas terbabit yang kini mendapat rawatan di hospital.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur