2025-06-11 HaiPress

Foto RTM
KUALA LUMPUR,11 Jun - Tuan Gilberd Philip Layang dilantik secara rasmi sebagai Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi (JLog) yang baharu,berkuat kuasa hari ini.
Majlis serah terima tugas berkenaan berlangsung di Dewan Tan Sri Abdul Rahman Hashim,Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur,disaksikan Timbalan Ketua Polis Negara,(DIG) Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay.
Turut diadakan majlis serah terima tugas Pengerusi Persatuan Kebajikan Polis (Perkep) Jabatan Logistik dan Teknologi antara Datin Seri Nor Aidila Abd Majid dan Puan Siti Anak Manau dengan disaksikan Datin Seri Dato’ Zalena Mohd Ariffin.
Gilberd Philip Layang,pernah memegang beberapa jawatan antaranya Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Limbang,Ketua Jabatan Pengurusan PDRM Kontinjen Sarawak,dan Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman.
Pelantikan ini merupakan sebahagian daripada penyusunan semula kepimpinan tertinggi dalam PDRM bagi memperkukuh keupayaan logistik dan teknologi pasukan.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur