2025-06-11 HaiPress

Datuk Ts. Dr. Aminuddin Hassim / Foto RTM
KUALA LUMPUR,11 Jun -Program Madani Rakyat (PMR) 2025 Negeri Perak menumpukan kepada peranan institusi pendidikan tinggi sebagai pemangkin dasar pembangunan negara.
Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan,Datuk Ts. Dr. Aminuddin Hassim berkata,PMR kali ketiga ini,memberi ruang kepada sektor pendidikan untuk berkongsi tentang perkhidmatan disediakan oleh kementerian pendidikan dan pendidikan tinggi.
Pada masa sama,memberi pendedahan meluas mengenai kepentingan bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) ke arah membangun serta memperkasakan golongan belia sebagai tenaga mahir dalam sektor berkenaan.
"Kita nak menekankan untuk membangunkan belia supaya mereka menjadi mahir,lebih arif mengenai teknologi dan bersedia berkhidmat dalam sektor-sektor teknologi pada masa akan datang."
Lebih menarik,satu khemah khusus disediakan untuk pengunjung mempelajari,mendalami serta melihat sendiri bidang Sains,Teknologi,Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dan kecerdasan buatan (AI) secara lebih dekat yang dilaksanakan Kementerian Pendidikan,Kementerian Pendidikan Tinggi,Kementerian Sains,Teknologi dan Inovasi serta Kementerian Digital.
Ini termasuk penglibatan sekolah serta belia di sekitar Lumut.
"Melalui Program Madani Rakyat ini,banyak perkara yang mereka boleh tanya sendiri,lihat sendiri,dan bermain sendiri dengan STEM,AI dan sebagainya."
"Jadi,di sini kita akan lihat bagaimana rupa STEM,bagaimana sukar ataupun mudahnya STEM...dan bagaimana seronoknya kalau kita terlibat dalam bidang ini."
"Kita nak jadi negara maju. Oleh itu amat penting untuk bangunkan tenaga itu,melalui program yang kita ada," katanya lagi.
28 kementerian berkampung selama 3 hari di Lumut Waterfront,bersempena PMR 2025 Negeri Perak.
Program dijadual berlangsung pada 13 hingga 15 Jun.
Menurut Datuk Ts. Dr. Aminuddin,PMR kali ini turut menyediakan pusat sehenti untuk pelbagai perkhidmatan kepada rakyat.
"Kita akan memaklumkan program,dasar dan aktiviti yang kita laksanakan untuk negara."
"Orang ramai boleh bertanya mengenai saman,jualan,pertanian serta pelancongan dan sebagainya."
Datuk Ts. Dr. Aminuddin ditemui pemberita di lobi Wisma Berita,Angkasapuri,selepas ditemubual dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia yang bersiaran secara langsung di TV1.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur