2025-06-11 HaiPress

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,11 Jun- Kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang akan menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dianggarkan berjumlah RM25.32 bilion dalam sistem konvensional dan RM26.97 bilion dalam dana Islam.
Hari ini,BNM akan menjalankan tender repo berbalik bernilai RM3.1 bilion untuk tujuh hari.
Ia juga akan menawarkan dua tender repo terbalik Islam (perjanjian jual dan beli semula) yang terdiri daripada RM200 juta selama tujuh hari dan RM400 juta bagi 92 hari.
Bank pusat turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik,perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh seminggu,satu bulan dan tiga bulan.
Pada 4 petang,BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM28.4 bilion dan tender semalaman murabahah sehingga RM27.6 bilion.
-- BERNAMA
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur