2025-06-11 HaiPress

Foto MIDA
KUALA LUMPUR,11 Jun- Malaysia merekodkan RM89.8 bilion pelaburan diluluskan bagi suku pertama 2025,dengan peningkatan 3.7 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu,di sebalik cabaran ekonomi global.
Menurut Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA),jumlah pelaburan itu merangkumi 1,556 projek dalam sektor pembuatan,perkhidmatan dan sektor utama,serta dijangka mewujudkan lebih 33,300 peluang pekerjaan baharu untuk rakyat negara ini.
Pelaburan asing (FI) kekal dominan dengan menyumbang RM60.4 bilion atau 67.3 peratus kepada jumlah pelaburan yang diluluskan,manakala pelaburan langsung domestik (DDI) menyumbang RM29.4 bilion atau 32.7 peratus.
''Pencapaian ini menandakan keyakinan pelabur yang berterusan terhadap dasar yang jelas dan asas ekonomi jangka panjang.
''Ia bertentangan dengan trend aliran modal antarabangsa yang berhati-hati susulan ketidaktentuan geopolitik dan makroekonomi,serta serta persaingan global yang semakin sengit untuk menarik pelaburan baharu,'' menurut kenyataan itu.
Sementara itu,Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri,Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata,peningkatan Indeks Pengurusan,Teknikal dan Penyeliaan (MTS) kepada 46.3 peratus mencerminkan kejayaan dalam mencipta lebih banyak pekerjaan berkemahiran tinggi dengan berpendapatan lebih baik.
"Seiring integrasi ekonomi ASEAN yang lebih kukuh,Malaysia turut berazam untuk mengekalkan kedudukannya sebagai hab pembuatan dan perkhidmatan utama bagi rantau pesat membangun dengan populasi 680 juta ini.
''Persekitaran pelaburan pada 2025 dijangka kekal mencabar berikutan halangan geopolitik dan makroekonomi yang berterusan daripada perang perdagangan Amerika Syarikat-China.
"Namun,dasar ekonomi Malaysia yang jelas seharusnya mampu menarik lebih banyak pelaburan daripada ekonomi Asia yang sedang berkembang,yang diunjur berkembang sehingga 42 peratusdaripada Keluaran Dalam Negara Kasar global menjelang 2040,” katanya.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur