2025-06-11 IDOPRESS

Pengarah KPDN Pulau Pinang,S Jegan (kanan) melihat minyak masak peket yang cuba diseleweng pemborong di sebuah gudang kurier di Kampung Sungai Puyu. - Foto BERNAMA
BUTTERWORTH,10 Jun - Kegiatanmenyeleweng minyak masak peket oleh pemborong menggunakan khidmat kurier berjaya dibongkar Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang dalam serbuan di sebuah gudang tidak berlesen di Sungai Puyu,hari ini.
Pengarah KPDN Pulau Pinang,S.Jegan berkata,dalam serbuan itu 14,280 peket minyak masak bersubsidi dirampas.
Beliau berkata,minyak masak itu dipercayai dihantar ke gudang kurier berlesen terlebih dahulu,sebelum dipos kepada ejen untuk diedarkan di Perlis.
Menurutnya,kegiatan itu dipercayai aktif sejak tiga bulan lalu dengan penghantaran dilakukan dua kali sebulan.
"Kita dapati modus operandi kes ini adalah terbaharu dimana syarikat pemborong ambil minyak daripada kilang dan terus hantar kepada gudang kurier untuk disimpan selama dua hingga tiga hari sebelum di pos ke Perlis.
"Seorang lelaki tempatan turut ditahan ditempat kejadian kerana gagal kemukakan lesen,permit atau dokumen sah untuk jalankan urus niaga penyimpanan atau penggunaan berjadual seperti ditetapkan undang-undang," katanya.
Beliau berkata,turut disita sebuah lori kargo milik syarikat pemborong berkenaan dan beberapa dokumen penting bagi membantu siasatan.
Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM204,500 dan kes disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur