2025-06-11 IDOPRESS

Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor,Datuk Megat Zulkarnain Omardin
SHAH ALAM,11 Jun - UMNO tidak lagi mahu dilihat sekadar sebagai pelengkap dalam mana-mana gabungan parti politik,sebaliknya berhasrat untuk terus memainkan peranan penting sebagai sebuah parti yang menyumbang kepada kestabilan politik dalam Kerajaan Perpaduan.
Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor,Datuk Megat Zulkarnain Omardin berkata,sehubungan itu,setiap ahli UMNO perlu menunaikan amanah dan tanggungjawab serta memainkan peranan mereka dengan sebaik mungkin.
“UMNO tidak tergugat kerana setiap parti dalam kerajaan mempunyai visi dan hala tuju masing-masing.
Presiden juga telah menetapkan hala tuju UMNO secara jelas,dan di peringkat Selangor,kita tidak ketinggalan untuk mengikutinya," katanya di sini,semalam.
Tambahnya lagi,walaupun landskap politik UMNO kini mengalami sedikit perubahan,beliau yakin kekuatan akar umbi serta hala tuju politik yang jelas akan menjadi aset penting bagi UMNO dalam usaha meraih semula keyakinan rakyat.
Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas merasmikan perwakilan pergerakan Pemuda,Puteri dan Wanita Negeri Selangor di sini,pada Selasa.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur