2025-06-11 IDOPRESS

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),Dr Zulkifli Hasan
HULU LANGAT,11 Jun - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),Dr Zulkifli Hasan berkata,Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) berperanan besar dalam meningkatkan ikatan ukhuwah dan persaudaraan selain menyebarkan dakwah dalam kalangan masyarakat.
Justeru,Ibadah Korban Perdana anjuran YADIM merupakan salah satu platform dalam menyatukan umat Islam melalui semangat bergotong-royong dan kerjasama,sekali gus menerapkan secara lebih mendalam mengenai nilai pengorbanan.
"Program gotong-royong ini dilaksanakan bagi mengagihkan daging korban kepada pihak yang memerlukan,selaras dengan hukum dan syarak yang telah ditetapkan. Alhamdulillah,apa yang paling penting adalah menunjukkan bagaimana YADIM sebagai sebuah organisasi dakwah berjaya menghimpunkan orang ramai bagi menghidupkan semangat Aidiladha serta semangat pengorbanan. Ia juga jelas membuktikan bahawa nilai ukhuwah dan persaudaraan dapat diperkukuhkan melalui pengorbanan yang dilakukan dengan sebaik-baiknya."
Beliau berkata demikian selepas turut sama menyertai aktiviti sembelihan dan pengagihan daging korban 6 ekor lembu serta kambing di Institut Latihan Dakwah Islamiah (INDAH) Hulu Langat,di sini,pada Selasa.
Program tersebut dilaksanakan dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA),badan bukan kerajaan (NGO),pelajar dari Kolej Dar al-Hikmah dan Institut Pendidikan Guru Bangi serta komuniti setempat.
Program itu juga akan diperluas menerusi pelancaran Projek Menabung Untuk Korban Bersama YADIM yang dijadual bermula Muharam ini.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur