2025-06-11 IDOPRESS
Petani Asli Mohd Chali memeriksa padi Hibrid GS30 di Skim Penanaman Padi Tanjung Purun,Lundu/Foto hiasan BERNAMA
SERDANG,11 Jun -Hasrat untuk melakukan transformasi sektor pertanian perlu mengambil kira hakikat bahawa masih ramai petani kecil yang kekurangan modal untuk melabur dalam teknologi moden.
Menurut Ketua Pengarah Pertanian,Dato’ Nor Sam Alwi,kebanyakan petani di negara ini berada pada tahap rendah dalam menguasai penggunaan teknologi kerana majoriti petani berumur 50 tahun ke atas dan mereka aktif demi kelangsungan hidup keluarga.
“Kekurangan tenaga fizikal menyukarkan mereka untuk meningkatkan produktiviti serta menyesuaikan diri dengan penggunaan teknologi baharu dalam bidang pertanian,” katanya dalam satu persidangan di Universiti Putra Malaysia (UPM) pada Selasa.
Persidangan Keterjaminan Makanan Kebangsaan (PKMK2025) anjuran UPM menerusi Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan (ITAFoS) itu,memberi ruang dalam membincangkan hala tuju dasar pertanian serta keterjaminan makanan negara.
Jelasnya,petani dalam kelompok berpendapatan rendah atau tidak mampu,kekangan modal menjadi penghalang utama untuk mengakses teknologi moden dan input pertanian berkualiti.
Justeru,menerusi program kendalian Jabatan Pertanian para petani digalakkan untuk menghasilkan inovasi sendiri bagi mengatasi masalah dihadapi mereka.
“Pengiktirafan akan diberikan kepada mereka melalui program inovasi yang dianjurkan oleh pihak kami,dan inovasi tersebut boleh dimanfaatkan oleh petani lain yang kurang berkemampuan bagi membantu meningkatkan hasil serta pendapatan mereka.
“Kami juga menekankan pentingnya kolaboratif antara petani,pakar dan pihak agensi bagi memastikan inovasi tersebut relevan dan mampu memberi impak positif jangka panjang kepada komuniti pertanian,” jelasnya.
Chery Brand Night Grandly Opens - Co-Creating the “New Move” with Global Users
Proven Strength, New Chapters Ahead: Chery Super Hybrid (CSH) Global Endurance Test Concludes in Triumph, Paving the Way for the 2025 Chery Brand User Summit
Sentimen elak risiko dorong ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar
Pasaran kewangan domestik kekal teratur meskipun terdapat ketidaktentuan global
Gangguan Aerotrain, MAHB bakal lantik penilai bebas laksana semakan menyeluruh
KWAP lancar Dana Iklim+, galak pelaburan hijau negara
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur