2025-06-11 IDOPRESS

Pelupusan pelbagai jenis dadah / Foto RTM
KOTA BHARU,11 Jun - Polis Kelantan melupuskan dadah bernilai lebih RM11.3 juta ringgit membabitkan rampasan sejak 1997 sehingga tahun lalu.
Dadah terbabit sudah melalui proses di mahkamah dan mendapat arahan untuk dilupuskan.
Menurut Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat,rampasan melibatkan pelbagai jenis dadah termasuk syabu,pil yaba,ganja,heroin,daun ketum dan air ketum.
"Kita akan buat pelupusan,hantar kepada syarikat yang dilantik,syarikat tersebut akan ambil hari ini untuk keseluruhan yang ada dan dibawa ke Bukit Pelandok,Port Dickson." katanya.
Beliau di temui media pada Majlis Pelupusan Barang Kes Dadah,di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan,Kota Bharu.
Dalam perkembangan berasingan,Datuk Mohd Yusoff menyifatkan hanya dengan pembinaan tembok atau pagar keselamatan di sempadan Malaysia,iaitu Kelantan-Thailand mampu menyelesaikan kegiatan penyeludupan di negeri itu.
Ini kerana sempadan melibatkan Kelantan-Thailand begitu terbuka menyebabkan pihak berkuasa berdepan banyak kekangan.
"Kita mempunyai sungai sepanjang 45 kilometer yang polis jaga,pastinya ada lompong. Kita tampung dengan balai sempadan dan PGA unit risik dan task force,jadi kalau adanya tembok atau pagar keselamatan,Insyallah kalau tidak 100 peratus,hampir pun jadi."
Sementara itu,beliau memaklumkan,trend kemasukan dadah ke Kelantan kini dalam kuantiti kecil berbanding sebelum ini.
Trend tersebut berubah sejak larangan rentas sempadan menggunakan pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok mula dikuatkuasa Disember tahun lepas.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur