2025-06-11 IDOPRESS

PETRONAS tawar program peralihan menyeluruh,sokong kakitangan terjejas / Foto Hiasan
KUALA LUMPUR,10 Jun – Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) menyediakan satu program peralihan komprehensif bagi menyokong kakitangan yang terkesan susulan langkah pengurangan tenaga kerja yang dilaksanakan oleh syarikat berkenaan.
Dalam satu kenyataan,syarikat minyak dan gas nasional itu memaklumkan pekerja yang terlibat akan menerima pakej pampasan pemisahan yang kompetitif serta melebihi keperluan minimum statutori yang ditetapkan undang-undang.
“Selain daripada sokongan kewangan,PETRONAS turut menawarkan pelbagai bentuk bantuan lain termasuk bimbingan kerjaya dan pencarian pekerjaan,khidmat sokongan emosi,program bantuan perubatan,latihan peningkatan dan penyesuaian kemahiran,serta panduan perancangan kewangan,” menurut kenyataan itu.
Jelas syarikat itu lagi,faedah yang diberikan akan disesuaikan mengikut tempoh perkhidmatan,kategori pekerja serta kelayakan masing-masing.
“Semua keputusan dibuat dan dilaksanakan dengan penuh keadilan,rasa hormat serta profesionalisme,” katanya.
Sebagai tambahan,PETRONAS turut bekerjasama dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) menerusi platform MyFutureJobs bagi meneroka peluang penempatan semula dalam pelbagai sektor lain.
Syarikat itu juga menjalin hubungan strategik dengan beberapa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bagi memudahkan proses penempatan semula pekerja ke dalam organisasi terbabit.
Dalam pada itu,bagi pekerja yang berminat menceburi bidang keusahawanan,mereka akan diberi akses kepada Petronas Innovation Garage,sebuah platform yang menawarkan bimbingan dan sokongan ke arah pemilikan dan pengoperasian perniagaan sendiri.
Prasarana bina generasi tenaga mahir pengangkutan awam melalui Program T-GEAR
Isu rumah ibadat perlu ditangani harmoni – KPN
Pendekatan damai mencerminkan kematangan rakyat Malaysia tangani perbezaan
Kos haji kekal: Beri peluang umat Islam tunai haji serta rancang kewangan
ABU DBS 2026 kembali, himpun penggiat industri penyiaran 30 Mac-2 April
PETRA perkukuh kesiapsiagaan banjir menjelang Aidilfitri
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur