2025-06-11 IDOPRESS

Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,11 Jun - Maybank Investment Bank Group (Maybank IBG) mengekalkan unjuran kadar inflasi keseluruhan pada 2 peratus tahun ini,di sebalik pelaksanaansemakan semula dan peluasancukai jualan dan perkhidmatan (SST).
Bank pelaburan itu menerusi nota penyelidikannya memaklumkan,pengekalan itu turut mengambil kira kesan pelbagai faktor.
Ini termasuk semakan tarif Tenaga Nasional,rasionalisasi subsidi RON95,serta peningkatan kos buruh susulan pelaksanaan gaji minimum,caruman KWSP pekerja asing dan levi.
''Maybank IBG meramalkan peluasan skop SST akan meningkatkan kadar inflasi sekitar 0.25 peratus.
''Bagi tempoh empat bulan pertama 2025,kadar inflasi direkodkan pada 1.5 peratus.
''Pelaksanaan pengecualian cukai serta kebolehan pihak industri untuk memindahkan kos secara berhemat akan memainkan peranan penting dalam menguruskan kesan inflasi,'' menurut bank pelaburan itu.
Sementara itu,Maybank IBG menjangkakan,kesan yang neutral kepada sebahagian besar sektor ekonomi,meskipun skop cukai kini diperluas meliputi enam kategori baharu.
Namun,sektor hartanah dilihat sebagai kumpulan yang paling terkesan dan dijangka akan meningkatkan kos operasi pemaju hartanah.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur