2025-06-12 HaiPress

Foto RTM
KANGAR,12 Jun-Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) negeri telah melaksanakan Projek Rintis Jalan Tanpa Debu di Dataran Taman Sena Indah,di sini bagi memastikan tahap kebersihan negeri itu berada pada tahap terbaik dan bersedia untuk menerima pengunjung.
Menerusi program itu,sapuan sampah secara manual dan pembersihan jalan dengan menggunakan pam air bertekanan tinggi akan dilaksana dengan lebih kerap.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SWCorp,Khalid Mohamed,operasi ini melibatkan 15 anggota yang terdiri daripada pihak Penguatkuasa SWCorp dan pekerja konsesi. Lokasi ini dipilih kerana ia merupakan kawasan tumpuan utama orang ramai yang berkunjung ke Perlis.
Operasi Projek Rintis Jalan Tanpa Debu akan diteruskan secara berfasa,dengan memberi fokus kepada kawasan-kawasan pelancongan terpilih di negeri ini.
Tambahnya,usaha ini diharapkan dapat memberikan impak positif terhadap tahap kebersihan persekitaran serta imej negeri Perlis ke arah Perlis Go Clean.
GAC Menjadi Rakan Rasmi Jelajah Pra-Musim Chelsea FC di Hong Kong dan Malaysia
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur