2025-06-12 HaiPress

Foto JBPM Johor
KULAI,12 Jun- Tiga lelaki melecur dalam kebakaran di sebuah kedai pengedar gas di Kulai,Johor,awal pagi tadi.
Perkara itu dimaklumkan Komander Operasi Kanan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulai,Mohd Roizani Rosdi.
Menurut beliau,kejadian kira-kira pukul 1.40 pagi itu turut memusnahkan sebahagian besar premis yang dijadikan stor penyimpanan LPG tersebut.
"Identiti mangsa berusia antara 30 hingga 40 an itu masih belum diperoleh dan kini sedang dirawat di Hospital Kulai.
"Ketiga-tiganya dilapor,melecur 50 peratus," katanya.
13 anggota dari BBP Kulai dan Bandar Baru Kulai ditugaskan ke lokasi bagi memadamkan kebakaran.
Punca sebenar dan anggaran kerugian sedang disiasat.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur