2025-06-12 HaiPress

Kerja-kerja mengangkat bas di lokasi kejadian kemalangan ngeri yang meragut 15 nyawa penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di KM53 Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) dekat Gerik . -Foto BERNAMA
IPOH,12 Jun- Pemilik syarikat bas yang terlibat dalam nahas mengorbankan 15 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding,Gerik pada Isnin lepas,telah memberi keterangan semalam.
Pemangku Ketua Polis Daerah Gerik DSP Muhammad Firdaus Abdullah berkata pemilik syarikat berkenaan hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik pada pukul 10.30 malam tadi.
“Pemilik bas itu memberi keterangan selama kira-kira satu jam setengah berhubung kemalangan tersebut,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Semalam,Ketua Polis Perak Datuk Noor Hisam Nordin dilaporkan berkata sehingga kini seramai 18 saksi telah diambil keterangan iaitu melibatkan beberapa pihak termasuk penuntut UPSI yang terlibat dalam kemalangan itu.
Dalam kejadian Isnin lepas,15 penuntut UPSI maut apabila bas sewa khas dari Jertih,Terengganu ke kampus utama di Tanjung Malim,Perak terbalik selepas terlibat dalam pelanggaran dengan kereta Perodua Alza di laluan JRTB.
Kemalangan itu turut mengakibatkan 33 individu cedera,termasuk pemandu dan kelindan bas serta pemandu dan tiga penumpang Perodua Alza. -BERNAMA
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur