2025-06-12 HaiPress

Program Agihan Daging Korban Briged Seni Kreatif 2025 di perkarangan FINAS
HULU KELANG,12 Jun- Bridged Seni Kreatif mengagihkan sebanyak 500 pek daging korban kepada pelbagai penerima termasuk persatuan perfileman bawah Gabungan Persatuan Perfileman Malaysia (GAFEMA).
Penerima lain termasuk persatuan Seniman,barisan artis veteran,ahli jawatankuasa Kebajikan Industri dan Bridged Seni Kreatif,Komuniti Kampung Kemensah serta warga Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS).
Ketua Pegawai Eksekutif FINAS Datuk Azmir Saifuddin Mutalib berkata,program itu memperlihatkan peranan Briged Seni Kreatif sebagai pemangkin aktiviti-aktiviti sosial dan kebajikan dalam kalangan warga seni dan budaya.
"Insya-Allah kita ingin adakan program begini pada setiap tahun akan datang. Tahun ini FINAS bersama dengan Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) menubuhkan Briged Seni Kreatif bawah naungan Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.
"Kita sentiasa peka dengan kebajikan industri selain aktiviti APM. Kita juga memberi sumbangan kepada individu seni seperti sumbangan yang kita lakukan hari ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengagihkan daging korban dalam Program Agihan Daging Korban Briged Seni Kreatif 2025 di perkarangan FINAS di sini hari ini.
Pada masa sama ia memperlihatkan usaha industri seni kreatif dalam memainkan peranan sosial,bukan hanya dalam ruang karya tetapi juga meliputi kesejahteraan masyarakat.
Ia sekali gus dapat menerapkan semangat Malaysia MADANI serta memberi ruang kepada warga seni dan agensi berkaitan untuk turut serta dalam usaha kebajikan dan kesukarelawanan.
Program berkenaan mendapat kerjasama Jawatankuasa Hal Ehwal Industri,Kebajikan dan Data Industri FINAS,Persatuan SENIMAN,GAFEMA (Gabungan Persatuan Perfileman Malaysia) dan Colla Cattle Farm.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur