2025-06-12 HaiPress

Foto Fail BERNAMA
KUALA LUMPUR,12 Jun- Kementerian Pengangkutan (MOT) mengesahkan lori tipper yang terlibat dalam nahas maut membabitkan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Teluk Intan bulan lalu tidak mempunyai kebenaran sah untuk membawa muatan batu kerikil.
Menurut laporan awal siasatan,lori tersebut hanya diluluskan untuk mengangkut arang batu tetapi ketika kejadian,ia membawa muatan batu kerikil seberat 40,960 kilogram,melebihi 70 peratus daripada had dibenarkan.
Kenderaan itu juga tidak dilengkapi sistem Sistem Pengesanan Global (GPS) seperti diwajibkan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).
Lori berkenaan didapati melanggar syarat bawah Seksyen 57 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.
Dalam insiden pada 13 Mei lalu,sembilan anggota FRU terkorban manakala sembilan lagi cedera apabila lori FRU bertembung dengan lori tipper yang dipercayai memasuki laluan bertentangan.
Siasatan turut mendedahkan lori FRU tidak dilengkapi tali pinggang keledar,termasuk di tempat duduk hadapan.
Tempat duduk jenis bangku di bahagian belakang juga tidak memenuhi spesifikasi keselamatan antarabangsa,sekali gus menyumbang kepada kadar korban tinggi. Objek tidak diikat dalam kabin turut dikenal pasti sebagai faktor risiko kecederaan parah.
Pemeriksaan teknikal mengesahkan bahawa semua sistem utama lori berada dalam keadaan baik,dan tiada bukti kegagalan mekanikal yang menyumbang kepada kemalangan.
Bagaimanapun kertas siasatan akan diserahkan kepada pihak pendakwaan dalam masa terdekat.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur