2025-06-12 HaiPress

Datuk Fahmi Fadzil
PUTRAJAYA,12 Jun- Kementerian Komunikasi bercadang untuk memperluas Projek Sigma kepada fasa baharu melibatkan lebih banyak organisasi media,susulan kejayaan projek rintis yang dijalankan bersama enam syarikat media tempatan sebelum ini.
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata setiap syarikat media dalam projek tersebut telah meneroka pelbagai pendekatan baharu dalam penyampaian berita dan penghasilan kandungan,mengikut minat dan kekuatan masing-masing.
"Ada yang bereksperimen dengan format penyampaian berita baharu,ada juga yang fokus pada gaya persembahan kandungan secara lebih visual dan interaktif. Ini satu permulaan yang sangat positif
"Setiap daripada syarikat media ini membuat eksperimen dalam satu perkara Yang mereka minat untuk kembangkan. Ada yang berminat untuk cari format penyampaian berita yang baru.
"Ada Yang berminat untuk menghasilkan kandungan bentuk baru. Jadi nanti saya rasa apa yang telah berjaya kita lakukan melalui Projek Sigma,saya nak kembangkan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi di sini hari ini.
Enam syarikat media terlibat dalam Projek Sigma termasuk Sinar Daily,New Straits Times,The Star,Sin Chew Daily,serta dua lagi syarikat media lain yang turut menjalankan eksperimen masing-masing dalam membangunkan format kandungan digital yang lebih segar dan berkesan.
Namun begitu,Datuk Fahmi mengakui antara cabaran utama yang dikemukakan pihak industri termasuk kos yang tinggi untuk menghasilkan kandungan digital berkualiti,terutamanya apabila berdepan impak teknologi baharu seperti kecerdasan buatan (AI).
"Ramai daripada mereka nyatakan bahawa walaupun mereka ingin bereksperimen,soal kos dan keperluan menjaga keuntungan masih menjadi keutamaan. Jadi kita faham realiti tersebut," katanya lagi.
Justeru itu,beliau memberi jaminan bahawa kementerian melalui agensi-agensi seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan meneliti bagaimana kerajaan boleh membantu syarikat-syarikat media tempatan untuk kekal mampan,berdaya saing,dan bersedia menghadapi perubahan landskap media.
"Kita mahu syarikat-syarikat media kita ampuh,mampu bersaing,dan tidak tertekan dengan gelombang perubahan teknologi khususnya AI. Tetapi pada masa yang sama,kita juga mahu berikan sedikit kelegaan kepada mereka," katanya.
Fahmi turut memaklumkan bahawa dapatan daripada Projek Sigma akan dikongsikan dengan agensi-agensi bawah Kementerian Komunikasi,sebagai rujukan untuk merangka dasar atau inisiatif sokongan yang lebih menyeluruh kepada ekosistem media negara.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur