2025-06-12 IDOPRESS

Foto BERNAMA
MAKKAH,12 Jun- Lembaga Tabung Haji (TH) memperkenalkan inisiatif baharu bagi membantu jemaah haji menilai semula pelaksanaan ibadah mereka sebelum pulang ke tanah air,menerusi pengedaran borang semakan digital menggunakan platform Google Form.
Pengarah Operasi Bimbingan TH Shahrin Awaludin berkata langkah penambahbaikan itu bertujuan memastikan setiap ibadah yang dilaksanakan adalah sah,sempurna dan diterima oleh Allah SWT,khususnya melibatkan pelaksanaan rukun dan wajib haji.
“Kebiasaannya TH akan mengadakan sesi post-mortem ibadah haji,namun tidak semua jemaah dapat hadir. Jadi,pada tahun ini kita berharap dapat mengumpulkan maklumat yang lebih menyeluruh dengan mengedarkan borang Google Form kepada semua jemaah.
"Jika melalui senarai semak itu jemaah mendapati masih terdapat amalan yang belum disempurnakan seperti lontaran atau mabit di Mina,mereka dinasihatkan segera merujuk kepada Pembimbing Ibadat Haji Tanah Suci (PIHTAS) sebelum pulang ke Malaysia,” katanya kepada media di sini,baru-baru ini.
Shahrin berkata pihak pengurusan TH turut mengadakan siri taklimat dan sesi penilaian ibadah haji,dikenali sebagai ‘Post-Mortem Penilaian Ibadat Haji’ di semua maktab penginapan jemaah di Tanah Suci.
“Melalui sesi ini,kita akan memastikan para jemaah telah menyempurnakan semua rukun dan wajib haji. Sekiranya terdapat kekurangan atau perkara yang belum dilaksanakan,pembimbing akan memberikan panduan berkaitan pelaksanaan rukun dan dam yang perlu dilakukan,” katanya.
Shahrin berkata sesi itu amat penting bagi memastikan semua jemaah dapat menyelesaikan sepenuhnya rukun dan wajib haji mereka sebelum pulang ke tanah air,seterusnya memastikan haji yang dilaksanakan diterima dan memperoleh haji yang mabrur.
Dalam masa sama,beliau berkata jemaah boleh menghubungi PIHTAS menerusi aplikasi e-Taib bagi menjawab persoalan berhubung ibadah haji sekiranya malu bertanya secara bersemuka,sekali gus memudahkan komunikasi dengan pembimbing haji walau di mana mereka berada.
"Urusan ibadat ini sangat penting dan kritikal kerana kita tidak mahu timbul sebarang isu selepas jemaah pulang ke Malaysia. Contohnya,berkaitan dengan pembayaran dan pelaksanaan dam di mana perkara ini wajib diselesaikan semasa berada di Tanah Suci.
“Dam tidak boleh dilaksanakan selepas pulang ke tanah air kerana sembelihan seperti kambing dan fidyah hanya sah dilakukan di Tanah Suci,” jelasnya.
Mengulas lanjut,Shahrin berkata kegagalan menyempurnakan rukun haji boleh menyebabkan ibadah itu tidak sah,tergantung dan tidak diterima,manakala pelanggaran wajib haji pula perlu diganti dengan dam yang sah mengikut syarat-syaratnya. -BERNAMA
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur