2025-06-12 IDOPRESS

Foto RTM
JOHOR BAHRU,12 Jun- Cubaan mengedar dadah lebih 10 kilogram bernilai hampir RM1 juta,menggunakan khidmat kurier berjaya dipatahkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDMJ) Johor,23 April lalu.
Pengarah Kastam Negeri Johor,Aminul Izmeer Mohd Sohaimi berkata,dua kotak mengandungi dadah jenis Morfin itu dirampas di Pusat Mel dan Kurier,Pos Laju Johor Bahru.
Dadah tersebut disyaki diseludup masuk dari Hong Kong ke alamat sebuah rumah di Pulai,Johor Bahru.
'Hasil pemeriksaan terhadap setiap kotak tersebut,pasukan telah menjumpai dua bungkusan gula-gula yang dilektakkan diatas satu botol putih yang mengandungi cecair berwarna hitam. Ujian dan saringan awal cecair hitam tersebut mendapati ianya positif dadah jenis Morfin,' katanya.
Usaha mengesan sindiket dan pemilik parcel sedang giat dilakukan. Kes disiasat mengikut Seksyen 39b(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur