2025-06-12 IDOPRESS

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki bercakap pada sidang media selepas Majlis Konvokesyen Program Penguatkuasaan Undang-Undang Bertauliah SPRM di Bangi Avenue Convention Centre. -Foto BERNAMA
BANGI,12 Jun- Laporan siasatan kes penyelewengan dana sukuk bagi pembinaan sebuah lebuh raya di Lembah Klang dijangka siap dalam masa sebulan atau dua bulan akan datang.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata siasatan itu sedang giat dijalankan dan melibatkan 53 saksi setakat ini.
Beliau berkata kesemua saksi itu telah selesai dirakam keterangan dan lebih ramai lagi saksi dijangka dipanggil dalam masa terdekat untuk membantu melengkapkan siasatan.
"Kes ini akan mengambil masa sebulan atau dua untuk disiapkan kerana banyak perkara yang perlu dikaji serta dianalisis dokumen termasuk penyata kewangan," katanya pada sidang media selepas majlis Konvokesyen Program Penguatkuasaan Undang‑Undang Bertauliah SPRM kali kedua di sini hari ini.
Azam berkata proses merakam keterangan seorang individu bergelar Tan Sri disambung hari ini.
Sebelum ini,media melaporkan SPRM menyita pelbagai aset,termasuk beg tangan,barangan kemas,kenderaan mewah,jam tangan,wang tunai,dan kediaman mewah keseluruhannya dianggarkan kira-kira RM32 juta dipercayai milik seorang pemegang konsesi lebuh raya bergelar Tan Sri.
Dalam perkembangan lain,Azam menegaskan proses merakam keterangan pereka fesyen terkenal,Datuk Jovian Mandagie dilakukan semalam di Jakarta dan bukan di Bali seperti yang dilaporkan.
Sebelum ini,dilaporkan pasukan penyiasat SPRM akan berada di Jakarta selama dua hari untuk mengambil keterangan pereka fesyen berumur 39 tahun itu,susulan siasatan terhadap pemilikan aset membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Ismail Sabri sebelum ini beberapa kali hadir di Ibu Pejabat SPRM bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan perbelanjaan serta perolehan dana untuk promosi dan publisiti program Keluarga Malaysia ketika tempoh perkhidmatan beliau sebagai Perdana Menteri dari Ogos 2021 hingga November 2022. -BERNAMA
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur